BANNER

BANNER

20170309

Pelekat cermin kereta logo Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim



Pelekat cermin kereta logo Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Ustaz Faizal 0132300595 dengan harga RM8 sahaja.


20170103

Kipas Dewan Madrasah telah siap dipasang




Dimaklumkan kipas besar di Dewan Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Bongek Acheh , Rembau telah pun siap dipasang. Pihak jawatankuasa madrasah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan penyumbang serta mereka yang senantiasa mendoakan kejayaan madrasah ini.

20161109

Sumbangan diperlukan untuk pemasangan kipas di Dewan Madrasah



Pembinaan Dewan Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Hj Ibrahim di Bongek Acheh, Rembau ini telah pun hampir siap. Dewan terbuka ini kini perlu untuk dipasang kipas. Mereka yang ingin memberi sumbangan untuk pembelian dan pemasangan kipas sila hubungi Ustaz Khairuddin 0123752240 atau salurkan terus ke akaun CIMB ISLAMIC 8601034069 atas nama MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
 

20160322

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN IHTIFAL



MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN IHTIFAL
Sabtu 26 Mac 2016
10 pagi hingga 1 petang
Di Bangunan Sekolah, Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Rembau
Makan tengahari disediakan 


20160210

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1437H

Sheikh Abdul Razak Ibnu Abdul Moeem dari Mesir, kelulusan ijazah Universiti Cairo, Mesir. Dilahirkan di Mesir. Mendapat pendidikan awal di negara sendiri di pondok (al-Azim) kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat sanawi di bandar Tanta. Melanjutkan pelajaran di Universiti Cairo, Mesir dan mendapat Ijazah Pengajian Islam Bahasa Arab di Kolej Darul Ulum pada tahun 1992. Berhijirah ke Arab Saudi, Jordan dan menzaiarahi 16 negara Arab dan negara lain. Sekarang menetap di Malaysia mendapat Ijazah Master Usuluddin, Universiti Malaya dan kini sedang tahsil Al-Quran (Al-Isari) dalam Bidang Kedoktoran di Universiti Malaya. Berpengalaman mengajar di sekolah bahasa Arab contoh sekolah Menengah Datuk Haji Mustafa, Batu Kikir, N.Sembilan dan kini Mudir di Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Masri, Gombak.


20160205

Pembinaan Dewan Serbaguna



Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Bongek Acheh, Rembau akan membangunkan sebuah dewan serbaguna. Anggaran kos dewan ini ialah sekitar RM60,000. Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan dewan ini sila hubungi Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff 0123752240 atau Ustaz Faizal 0132300595. Maklumat lanjut di http://madrasahbongek.blogspot.my


 

20160103

Jadual Kuliah Umum di Madrasah Tuan Haji Ibrahim

Jadual Kuliah Umum di Madrasah Tuan Haji Ibrahim, Rembau. Lokasi di Google Map - Madrasah Haji Ibrahim



20150112

Pengambilan Pelajar Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim



Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Rembau menawarkan tiga kursus pengajian untuk pengajian pelajar pelbagai peringkat, iaitu :

1. Kelas Ibtidai' : Khusus untuk pelajar yang baru mula mengenal pengajian Islam
2. Kelas I'dadi : Khusus untuk pelajar yang baru mula melanjutkan pengajian agama dengan menggunakan Bahasa Arab
3. Kelas Tahfiz : Khusus untuk pelajar yang ingin menghafal al-Quran

Tempat adalah terhad

Untuk pendaftaran sila hubungi :
Ustaz Khairuddin 012-3752240
Ustaz Faizal 013-2300595