BANNER

BANNER

20121021

Ruang niaga sempena Majlis Jubli Intan

Adalah dimaklumkan ruang tapak perniagaan serta pameran untuk Majlis Jubli Intan Madrasah Islamiah Haji Ibrahim, Kg Bongek Acheh, Rembau bermula 8 Nov 2012 (malam) hingga 11 Nov 2012 (petang) dibuka dengan harga sewa RM100 (8ka x 8 ka, meja kerusi, lampu, soket, plug 3 pin).

Mereka yang berminat sila hubungi Ustaz Khairuddin 012-3752240 atau Encik Faizal 013-2300595.

20121017

Pertandingan Mencipta Logo Madrasah Haji Ibrahim


Sertai pertandingan Mencipta Logo Madrasah Haji Ibrahim dan serahkan logo yang dicipta sebelum 12 tengahari Sabtu 10 November 2012 ke Meja Urusetia Majlis Sambutan Jubli Intan Madrasah Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan.

Hadiah Menarik menanti Pemenang! 

Sambutan Jubli Intan Madrasah Islamiah Haji Ibrahim 8 ke 10 Nov 2012



SAMBUTAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan
               
Tarikh :
8, 9  & 10 Nov 2012 (Majlis Umum)
11 - 19 Nov  2012 (Majlis Tertutup)

Tempat  : Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim & Bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh
               
Aktiviti : Ceramah Umum, Forum Perdana, Majlis Perasmian, Majlis Bacaan Hadis Sohih Muslim, Pertandingan Qosidah,  Pameran dan Gerai Jualan, Pertandingan Dewasa dan Kanak-kanak, Lain-lain

TENTATIF PROGRAM

(KHAMIS) 8 NOVEMBER 2012
9.00 mlm - 10.30 mlm : CERAMAH UMUM
Penceramah : Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Personaliti al-Kulliyah,Tanyalah Ustaz dan Penulis Buku-Buku Agama)

(JUMAAT) 9 NOVEMBER 2012
8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

8.30 mlm - 11 mlm : Forum Perdana “Bertuahnya Diriku Seorang Muslim”
Moderator : Ustaz Soffhan bin Abdul Halim – Mudir Madrasah Aliyah,Seremban
Ahli Panel : Al-Fadhil Ustaz Haji Ahmad Naim bin Haji Muhammad – Pengerusi Lajnah Akhlak dan Ibadat Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan  & Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Nor Azamir bin Alias – Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
      
(SABTU) 10 NOVEMBER 2012
6.30 pg - 8 pg : Solat Fardhu Subuh Berjemaah
 - Tazkirah Subuh
- Sarapan Pagi

8.30 pg - 6.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak

2.30 ptg - 4.30 ptg :  PERTANDINGAN QOSIDAH
5.30 ptg : PERTUNJUKAN SILAT
8.30 mlm - 11 mlm : MAJLIS PERASMIAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM
- Bacaan al-Quran
- Tayangan Video 75 Tahun Madrasah 1936-2011
- Ucapan Aluan
- Ucapan Perasmian
- Ucapan Nasihat – Sohibus Samahah Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad
- CERAMAH – SHEIKH SAMIR AL-NASH DARI SYRIA (DENGAN TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU)
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Minum Malam

(AHAD) 11 NOVEMBER 2012 HINGGA ( ISNIN ) 19 NOVEMBER 2012
Sesi Tertutup ( Terhad 300 Peserta Sahaja )
Sesi Bacaan Hadis Sohih Muslim oleh Sheikh Samir al-Nash dan murid beliau Sheikh Firas Salu

6.30 pg - 8.30 pg : Sesi 1 , Minum pagi
 10 pg - 1.00 tgh : Sesi 2 , Makan Tengahari , Solat Zuhur Berjemaah dan Rehat
4.30 ptg - 6.30 ptg : Sesi 3 ,  Makan Malam , Solat Fardhu Maghrib dan Isyak Berjemaah
8.30 mlm - 10.30 mlm : Sesi 4 , Minum Malam


20121005

PENGUMUMAN

Dimaklumkan program cuti sekolah untuk tahun ini (2012) ditangguhkan.

Harap maaf.

20120927

MAJLIS BACAAN HADIS SOHIH MUSLIM


Bersama Sheikh Samir Al Nash dan Sheikh Firas Salu

Di Madrasah Islamiah Haji Ibrahim
Kampung Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 11 -19 Nov 2012

Majlis ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, lelaki dan wanita, terhad kepada 300 peserta sahaja,pengajian sepenuhnya dalam Bahasa Arab,boleh menginap di madrasah atau berulang alik ke rumah atau hotel berhampiran untuk lebih selesa.

Jadual Pengajian :
Sesi 1 : 6.30 pagi-8.30 pagi ,
Sesi 2 : 10.30 pagi- 1 tengahari,
Sesi 3 : 5 petang - 7 malam,
Sesi 4 : 9 malam – 11 malam,

Yuran penyertaan RM 200, selama 9 hari, makanan dan penginapan disediakan

Kitab Sohih Muslim lengkap untuk ditempah RM110 satu set (Jami’ Tirmizi pun boleh didapatkan dengan harga yang sama)

Untuk penyertaan, sila hubungi :
Ustaz Haji Mohd Khairuddin bin Haji Yusoff 012-3752240
Saudara Mohd Faizal bin Abdullah 013-2300595
Saudara Ismail bin Osman 013-6055875

FAKS : 06-6858468

NO AKAUN CIMB ISLAMIC
MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM
0501-0000157-10-5


MAJLIS PERIWAYATAN DAN PENGIJAZAHAN SANAD HADIS-HADIS SOHIH MUSLIM SERTA SYARAHAN HADIS PILIHAN

Ikutilah Pengajian Jami’ Tirmizi bersama Sheikh di Pondok Tuan Guru Haji Abdul Raof, Repah, Tampin pada 20 November 2012 hingga 30 November 2012

20120913

DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.


Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi
Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012 
Tempat :  Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau selama 9 hari - untuk Sahih Muslim kemudiannya disambung di Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin selama 11 hari lagi untuk pembacaan kitab Sunan Tarmizi

Daurah akan berlangsung selama 20 hari.

Penyampaian bacaan dan periwayatan Kitab Jami’  Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi akan disampaikan oleh al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria)

Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi  daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.


Biodata Sheikh Samir al Nash.

Nama: al Alim, al Faqih, al Ushuliy, al Shufi, al Thobiib al Haafidz al Jaami' lilqiraat,  al Mutqiin ,al Sheikh, Samir Muhammad bin Mamduh bin Sharif al Nash.

Dilahirkan pada: 1955 masihi bersamaan 1375 hijrah.

Bapa beliau, adalah seorang yang Soleh, Iaitu Sheikh Mamduh al Nash, merupakan seorang soleh yang mencintai para ulamak dan awlia, . Bapa beliau juga sentiasa mulazamah dengan mendampingi seorang Arif billah iaitu Sheikh Ahmad alHaruni.

Datuk beliau adalah seorang ulamak, iaitu al Sheikh Sharif al Nash, merupakan ahli ilmu yang menimba ilmu daripada ramai kalangan Ulamak besar , para Ahli Hadis dan Awlia dizamannya.

Kegiatan Harian Sheikh Samir Nash:

Menarik , sangat menarik, beliau seorang guru al quran diMasjid Jamik Ibn Arabi, saban hari setiap subuh akan sentiasa ada di dalam kelas beliau diMasjid sehingga awal waktu duha. Beliau sangat terkenal dikalangan penuntut-penuntut bangsa arab amnya dan penuntut nusantara dan penuntut dari negara barat khasnya yang berminat untuk meningkatkan mutu bacaan al quran dijurusan makhraj.
Kemudian beliau akan pulang kerumah dan terus ke Klinik beliau kerana beliau juga merangkap Doktor yang merawat sakit jasmani. Beliau mempunyai Ijazah kedoktoran semasa belajar di Amerika , dan tentunya mahir bertutur dalam English.
Di Klilnik beliau yang sibuk dengan merawat pesakit , seringkali didatangi para murid yang dahagakan ilmu, dibilik rawatan beliau itu juga seringkali bertukar menjadi kelas pembacaan kitab.
Sering juga beliau diundang untuk mengadakan daurah-daurah di Luar negara, antaranya di England , Amerika dan Indonesia. Baru-baru ini beliau telah diundang daurah membaca kitab al Itqon fi Ulumil quran - Ilmu Ulum Quran. Beliau menghuraikannya dalam English.

Yang terakhir , sangat sangat menarik: Beliau sangat kasih kepada Nabi s.a.w, dikhabarkan setiap  hari beliau akan mengadakan majlis bacaan Qosidah Burdah.

20120621

Ceramah Israk dan Mikraj

MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ TAHUN 1433H/2012M
Tarikh : 23 Jun 2012 / 3 Sya’ban 1433
Hari : Sabtu
Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim, Kg Bongek, Rembau
Masa : Solah Fardhu Maghrib
Penceramah : Al-Fadhil  Ustaz Shukur bin Mustafa

Aturcara:
7.24  mlm :  Solah Fardhu Maghrib Berjemaah
7.50 mlm : Ceramah Israk dan Mikraj oleh Al-Fadhil  Ustaz Shukur bin Mustafa
9.30 malam : Solah Fardhu Isyak Berjemaah
9.45 malam : Jamuan

Majlis Sambutan 76 Tahun

Majlis Sambutan 76 Tahun Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim
Tarikh : 9 dan 10 November 2012

Ulama Jemputan : Sheikh Samir al Nash

Biodata Sheikh Samir al Nash.

Nama : al Alim, al Faqih, al Ushuliy, al Shufi, al Thobiib ,al Sheikh, Samir Muhammad bin Mamduh bin Sharif al Nash.

Dilahirkan pada : 1955 masihi bersamaan 1375 hijrah.

Bapa beliau, adalah seorang yang Soleh, Iaitu Sheikh Mamduh al Nash, merupakan seorang soleh yang mencintai para ulamak dan awlia, . Bapa beliau juga sentiasa mulazamah dengan mendampingi seorang Arif billah iaitu Sheikh Ahmad alHaruni.

Datuk beliau adalah seorang ulamak, iaitu al Sheikh Sharif al Nash, merupakan ahli ilmu yang menimba ilmu daripada ramai kalangan Ulamak besar , para Ahli Hadis dan Awlia dizamannya.

Guru-guru datuk beliau ialah, al Arif billah al Allamah Khatimah al Muhaddisin fi Shaam, Muhammad Badruddin al Hasani R.anhu.

Diantara guru datuknya lagi ,

al Arif billah al Allamah al Muhaddis Muhammad bin Ja,far al Kattani (Ulamak hadis Maghribi) dan alArif billah al Sheikh Syukri al Asthuwani , dan al Arif billah al Allamah al Sheikh Abdul Hakim al Afghanaani.

Sementara Sheikh Saamir sendiri pula:

Beliau adalah Faqih dalam Mazhab Hanafi, yang teguh pengetahuannya, Seorang ahli Ilmu Ushul, Seorang Ahli Hadis, Seorang yang menghimpunkan ilmu qiraat al Shugro dan al kubro, bahkan beliau berpengetahuan kukuh pada ilmu qiraat dan berbagai ilmu-ilmu yang lain lagi.

Beliau mempunyai berbagai ijazah ilmu selain beliau juga adalah seorang Doktor yang mempunyai pusat rawatan sendiri (Klinik) di Kota Dimasq.
Beliau seorang Alim yang beramal dengan ilmu Tasawuf.

Bidang ilmiah yang diceburi beliau:
Ilmu-ilmu alQuran.
Beliau telah menghafal al Quran ketika masih kecil lagi, kemudian menjalani pengajian talaqqi ilmu Qiraat Sughro disisi Sheikh al Faqih al Allamah al Hafiz al Jaami’ al mutqin al Sheikh Toha al Sukkar.
Kemudianya beliau beralih menghimpun pula ilmu Qiraat al Kubro disisi al Hafiz al Mutqin al Aalim al Sheikh Ahmad Mustofa al Misri .
Beliau mempunyai ijazah-ijazah al Quran dari Para ulamak Qurra Sham, antaranya ijazah dari
- al Allamah al Sheikh Muqri al Sham Husain al Khattob.
- Al Sheikh Muhammad Kurim Rajiih.
- Al Sheikh Abu al Hasan al Kurdi.
- Al Sheikh Abd. Razaq al Halabi.

Sedangkan Sheikh Samir iatu beliau sendiri adalah juga merupakan Muqri (guru) al Quran setiap hari diMasjid al Imam al Arif billah al Sheikh al Akbar Mahyuddin ibn Arabi semenjak 15 tahun yang lampau.

2. Ilmu Hadis.

- Beliau telah bertalaqqi Hadis disisi al Muhaddis al Kabir al Allamah al Sheikh Yaasin al Fadani. Membaca kitab Awail al Sunbuliyyah berkali-kali dan Sheikh Yasin telah mengijazahkan Hadis kepada beliau. Ini berlaku semasa beliau bermukim diJeddah, Arab Saudi selama 12 tahun dan dalam masaitu beliau berulang alik ke Tanah Haram
- Beliau sempat bertalaqqi sebahagian besar Kitab Jami' al Sahih al Bukhari disisi
al Allamah al Muhaddis al Sheikh Abdullah al Ghumari dan diijazahkan Hadis-hadis juga.
- bertalaqqi disisi al Allamah al Sheikh Abdul Ghani al Daqar dan diijazahkan .
- Al Sheikh Muhammad bin Ali dan al Sheikh Muhammad Barnalu al Halabi.
- al Sheikh Syafiyyu al Musaddi.
- al Sheikh Nuruddin al Khatiib .
- al Sheikh Abdullah Sirajuddin al Halabi.

Yang menariknya , beliau telah bertalaqqi Ilmu Mustholah Hadis disisi al Allamah al Doktor Nuruddin Ittir , membaca kitab Nuzhah al Nazar.
Kemudiannya beliau terkehadapan dalam barisan ulamak yang mahir ilmu Mustholah.

3. Ilmu Fekah.

Beliau membaca Teks Fekah Mazhab Hanafi :
- disisi al Allamah al Sheikh Luthfi al Fayumi, kitab al Hidayah al Aalaiyyah.
- Al Allamah Mufti Negara Sham al Thobib al Sheikh Abu al Yusr Aabidin , membaca disisinya Hasyiah Ibnu Aabidin dan beliau telah memantapkan bacaannya selama 3 tahun dan telah diijazahkan kitab Hasyiah tersebut. Sheikh Abu al Yusr merupakan keturunan pengarang Hasyiah Ibnu Aabidin tersebut.
- beliau meraih Ijazah ilmu fekah dan ilmu Ushul dari al Allamah al Faqiih al Aarif billah al Sheikh Adiib al Kallas.

Kegiatan Harian Sheikh Samir Nash:
Menarik , sangat menarik, beliau seorang guru al quran diMasjid Jamik Ibn Arabi, saban hari setiap subuh akan sentiasa ada di dalam kelas beliau diMasjid sehingga awal waktu duha. Beliau sangat terkenal dikalangan penuntut-penuntut bangsa arab amnya dan penuntut nusantara khasnya yang berminat untuk meningkatkan mutu bacaan al quran dijurusan makhraj.

Kemudian beliau akan pulang kerumah dan terus ke Klinik beliau kerana beliau juga merangkap Doktor yang merawat sakit jasmani. Beliau mempunyai Ijazah kedoktoran semasa belajar di Amerika , dan tentunya mahir bertutur dalam English.

Di Klinik beliau yang sibuk dengan merawat pesakit , seringkali didatangi para murid yang dahagakan ilmu, dibilik rawatan beliau itu juga seringkali bertukar menjadi kelas pembacaan kitab.
Sering juga beliau diundang untuk mengadakan daurah-daurah di Luar negara, antaranya di England dan Amerika. Baru-baru ini beliau telah diundang daurah membaca kitab al Itqon fi Ulumil quran- ulum quran. Beliau menghuraikannya dalam English.

Yang terakhir , sangat sangat menarik: Beliau sangat kasih kepada Nabi s.a.w, dikhabarkan setiap 2 hari beliau akan mengadakan majlis bacaan Qosidah Burdah.

Semuga Allah s.w.t banyakkan orang yang seperti beliau, dan lanjutkan usia beliau dalam kesihatan untuk berbakti. Aamin.

-Catitan dari temubual murid beliau iaitu Sheikh Firas Salu.

20120424

Terima kasih kepada para penyumbang



Alhamdulillah..ahli pengajian di Madrasah Haji Ibrahim kini dapat mengikuti pengajian dengan lebih selesa...Terima kasih kepada para penyumbang.

20120213

Sambutan Maulid 18 Feb 2012 di Bongek



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Tarikh : 18 Feb 2012 , Sabtu
Masa : 6 ptg - 10 mlm
Tempat : Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Kg Bongek Acheh , Rembau

Aturcara :
6.00 ptg - Bacaan Burdah
7.30 mlm - Solat Maghrib
7.50 mlm - Ceramah Maulidur Rasul oleh Al Fadhil Ustaz Tn Hj Zamani bin Ibrahim , Yang Dipertua ISMA Seremban
9.30 mlm - Solat Isya
9.45 mlm - Jamuan